Monday 21 May 2012

Try Meatball Balognise

Bahan-bahan ( 10-12 orang )

  • 1 paket spaghetti (direbus)
  • 1 tin tomato puree
  • 2 biji bawang besar (dipotong dadu kecil-kecil)
  • 8 ulas bawang putih (dipotong dadu kecil-kecil)
  • 2-3 biji buah tomato (dipotong dadu)
  • Cendawan butang (fresh atau tin) ikut suka
  • Air secukupnya
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • Keju parmesan parut secukupnya
  • Meatball (boleh beli jenama tesco atau apa sahaja atau boleh buat sendiri)
  • Minyak zaitun secukupnya
  • Butter secukupnya untuk menumis
  • Serbuk oregano secukupnya

Cara-cara

  1. Masukkan sedikit minyak dan butter. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  2. Masukkan tomato puree.Kacau rata dan masukkan air secukupnya.Jangan terlalu cair sangat.Ikut kepekatan yang digemari.
  3. Tambahkan buat tomato yang dipotong dadu dan cendawan yang dihiris nipis.
  4. Masukkan garam,gula dan serbuk oregano secukup rasa.Tambahkan keju parmesan mengikut citarasa.
  5. Akhir sekali masukkan meatball yang telah digoreng terlebih dahulu.Siap untuk dihidangkan bersama spaghetti yang telah direbus.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...