Sunday 20 May 2012

Aktiviti di uitm

Universiti. Tempat yang diidamkan oleh lepasan-lepasan SPM selepas tamat pengajian di sekolah menengah. Kalau result bagus, dapat la universiti bagus. Kalau lagi bagus, lagi ‘jauh’ la universiti korang dapat. Haha. Tapi bila masuk universiti bukannya korang belajar sangat. Betul tak? Kalau nak dean’s list belajar la. Haha. 2 tahun aku dah masuk U dan aku dapat perhati benda yang student U aku mahupun U lain yang selalu buat kalau tak diorang tak study. Apakah aktiviti-aktiviti itu?



Main DOTA





Game ni memang popular dikalangan penuntut universiti aku. Aku jamin student universiti lain pun sama. Name panjangnya ‘Death of the Angel’ atau nama Melayunya, ‘Dunia Orang Takde Awek’. WTF!? Di U aku, boleh dikatakan tiap-tiap bulan mesti ada tournament DOTA ni. Honestly, aku tak main game ni. Aku pernah cuba untuk menceburkan diri dalam bidang DOTA ni, tapi aku gagal dengan cemerlang untuk menjadi seorang DOTA-ers. Apa yang aku tahu pasal DOTA ni, “First Blood!!”, “Monster Kill!!”, dan kena klik mouse banyak kali. KLIKKLIKKLIKKLIKKLIK!!!!!!!!!

Main PES







‘Pro Evolution Soccer’. Game ni pun boleh tahan popular dikalangan penuntut universiti masa kini. Aku main game ni dan aku boleh dikatakan power jugak la dalam game ni berbanding DOTA. Same seperti DOTA, budak-budak U aku selalu buat tournament PES ni. Nak main PES ni, mempunyai game controller yang berkualiti amatlah penting. Namun, jenama cap ayam tetap seperti Digiboy, Vinnyson dan lain-lain lagi menjadi pilihan.

Ber-Facebook







Aku yakin majoriti student universiti di Malaysia ni mempunyai akaun Facebook. Setiap jam mereka akan update status mereka. “Currently at the toilet.”, “Saya nak berak.”, “Saya rasa nak terkentut”. Semasa belum baligh, layan Friendster. Sesudah baligh, bertukar ke Myspace. Apabila sudah matang. Facebook menjadi pilihan. Seperti students yang lain, aku lebih prefer menggunakan Facebook daripada social networking websites yang lain. Bagi aku Facebook ni simple, banyak applications yang ‘menarik’ seperti Farmville, Mafiawars(aku tak layan satu pun), stupid quizzes and etc.. And yes, I’m addicted to Facebook!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...