Monday 21 May 2012

I Suka Chicken Chop

Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 1 paha ayam ( Buang tulang), 3 sudu tepung gandum, 1 biji telur, 1 keping roti gardenia (digoreng tanpa minyak hingga rapuh ) Sedikit lada putih
  • 1 sudu besar lada hitam (ditumbuk), 1 biji bawang putih (ditumbuk), 1 biji bawang merah (ditumbuk), sedikit tepung gandum, sedikit daun sup dan bawang (dicincang), sedikit air, secubit garam.

Cara-cara

  1. Setelah ayam dibasuh dan dibuang tulang,salutkan ayam dengan tepung gandum kemudian dicelup dengan telur dan disalut dengan roti gardenia yang telah dihancurkan menggunakan penapis.Kemudian ayam tersebut digoreng dengan api yang sederhana. Goreng sehingga kekuningan dan bolehlah diangkat
  2. Untuk membuat sos lada hitam pula,tumis bawang putih,bawang merah dan lada hitam yang di tumbuk sehingga kekuningan.Kemudian masukkan 1 cawan air dan 4 sudu tepung gandum.Masukkan daun sup dan daun bawang dan sedikit garam.Masak sehingga pekat dan bila siap tapiskannya.Ambil kuahnya sahaja.Kemudian bolehlah kuahnya dituangkan di atas ayam tadi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...