Tuesday 1 May 2012

ANDROID


I am a newbie also. Cuma nak share2 few tips dari apa yg aku dpt dari sifu yg hebat2 kat sini.

Korang yg baru beli HP suma mesti clueless. 
Soalan common,

Apa nak buat ngan hp ni? root tu camne?lps root buat apa?apps apa yg best?

Ni aku try explain dgn ayat bahasa melayu paling mudah.
Takde guna bahasa android.


1. Root.

Sila jgn gelabah nak root hp anda. Pahamkan dulu betul2 root tu apa.

"Root tu ko jadik Superuser" - ini jawapan yg korang akan dpt.

Macam ni.. HP yg korang beli tu suci murni. cuma boleh dload game, apps, then guna la apps tu sampai korang boring. pastu bila internal sd card dah penuh, mula la gelabah apsl takleh install dlm external. tak boleh buat apa2 since HP tu tak benarkan ko usik system.

Sini la dtg perkataan "root" tu. Akar. Ko boleh masuk akar umbi system dlm phone tu. Boleh buat macam2 utk customize phone termasuk install apps dlm external. Sebab tu disarankan root. Supaya boleh fully utiize kehebatan phone android tu. kalau tanak root takpe. gi kedai pastu tukar hp tu beli nokia symbian. habis cerita. nokia pun boleh install byk apps n game kan?takde beza ngan android kalau tak root.

Mcm ngeri je bunyi "root" tu.. 

tak susah. secara generalnye macam ni je:

-install cd yg dpt time beli HP tu.
-dload software utk root kt PC. (HP lain software pun lain2 gak. biasa guna superoneclick)
-connect usb phone-pc.
-Klik je root kat software tu.

WARNING : Anda tak semestinya perlu flash ROM (upgrade firmware)  utk root! 

Tambahan utk kemusykilan lain..
Root takkan hilangkan semua apps asal yg ada. Dia just bagi 'jalan' utk masuk dlm system tu.
tak yah risau utk back up kay?


2. Flash ROM / upgrade firmware

Yang ni terus terang saya tak pro sgt. tak pernah cuba lagi sbb incek bos saya tak benarkan. 
Sebelum anda teruja nak flash ROM, kena tau few things dulu.

- Comes with risk. Jgn silap main rembat mana2 firmware yg tak serasi ngan HP.  Nanti brick (hp jd batu-bata. buat baling anjing je sbb takleh on)

- boleh void warranty (any modification pada system dikira void warranty). Tp boleh guna jln selamat dan back up sgala files dulu. Masih boleh downgrade pada firmware asal.  Root pun kira void warranty. tp nak unroot cuma 1 klik je. 

- firmware ada byk option. kdg2 ada yg tak stabil lg. jd sila buat research dulu betul2 nak pakai yg mana. jgn nanti dah flash skali kamera takleh pakai lak. boleh betulkan tp kan byk keje tu?hehe

Eh, jgn takut nak flash lps baca ni. Ramai je otai-otai kat sini boleh guide step by step. Jgn gopoh and study betul2. phmkan dulu and tanya diri anda kenapa nak flash ROM.
eg : HP lembab. mau bagi laju..


3. "Lepas root nak buat apa? Apps apa yg best?"

Saya pun pernah tanya soalan ni. Percayalah. Kdg2 boleh menyakitkan ati para sifu kita di sini. Sila rajinkan diri anda baca semua Docs kat seblah ni. Byk info boleh blajar kat situ.
tak pun tanya incek Google dulu.Kalau dah sangkut, pening2 rasa pitam2 nak pengsan..baru la tanya. tp explain yg anda mmg tak tau sepatah haram pun psl topik tu dan dah buat research. Jadi takde sebab sapa2 nak emo balas soalan anda. hehe



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...