Tuesday 1 May 2012

Install Windows 7 Ultimate di Netbook HP 1Malaysia




Dalam post sebelum ni aku ada cadangkan supaya netbook hp 1Malaysia ni supaya menggunakan Windows 7 Ultimate kerana performance dia lebih laju berbanding Windows 7 Starter yang lembab walaupun pada spesifikasi komputer yang sama.

Dalam post ni aku nak tunjuk cara-cara untuk install Windows 7 Ultimate masuk ke dalam netbook HP 1Malaysia.



Biasanya netbook tak ada CD-ROM drive, jadi kenalah install melalui pen drive. Sebenarnya install Windows 7 menggunakan CD-ROM tak berbeza sangat dengan install menggunakan pen drive. Yang membezakan cuma pemilihan media untuk boot pada peringkat awal.


Langkah 1: Persediaan

Perkakas/benda yang diperlukan:
1. USB Pen Drive Windows 7 - cara nak buat pendrive Windows 7 rujuk post ini.
2. Driver-driver seperti display driver, sound driver, network driver etc.Download dari web site HP untuk driver HP Mini 1100
3. Sepeket kuaci

Langkah 2: Boot melalui USB Flash/Pen drive Windows 7

Cucukkan USB Flash drive ke port USB dan switch on netbook. Masa mula screen start-up tu terus tekan ESC (untuk Netbook HP, lain jenis notebook lainlah key-nya)

Tekan F9 untuk BOOT Device Options. Akan keluar Boot Manager macam dalam gambar di bawah.


Pilih USB Pendrive guna up atau down key. Macam contoh kat atas tu pilih KingstonDataTraveler2.0. Lepas tu tekan Enter.

Lepas tu masa keluar instruction ni "Press any key to boot from CD or DVD..." cepat-cepat tekan apa-apa key pada keyboard.


Lepas tu komputer akan boot melalui pen drive Windows setup tersebut.


Langkah 3: Setup Windows 7

Sebaik sahaja berjaya boot melalui USB pen drive, dah senang dah. Cuma perlu ikut arahan pada screen.

Default setting dah macam ni, tekan sahaj butang Next
Tekan butang Install now untuk memulakan install Windows

Tunggu beberapa saat.

Pilih Architecture x86

Setuju dengan lesen, dan tekan Next

Pilih Custom (advanced)
 Kalau sebelum ni komputer anda ada operating system Vista, boleh pilih Upgrade. Windows XP tak boleh direct terus upgrade ke Windows 7. Jadi kena pilih Custom(advanced) untuk buat fresh install.

Pilih kat hard disk mana kita nak install Windows 7
 Kalau komputer ada banyak hard disk atau partition, dia akan paparkan kat sini untuk kita buat pilihan.

Kalau nak ubah apa-apa pada hard disk, tekan button Drive options.
Kalau tak nak ubah, boleh tekan Next terus.
Dalam Drive options(advanced)
Kat sinilah kita boleh buat atau delete partition dan format hard disk atau partition. Lepas dah settle, tekan button Next untuk memulakan proses installation. Pada kebiasaannya, akau akan buat dua partition minimum untuk memudahkan kerja backup mengbackup kalau apa-apa jadik. Dalam demo ni, aku tak buat partition.

Windows 7 sedang diinstall
 Bila dah kat sini, bolehlah rilek-rilek sambil makan kuaci. Masa diambil lebih kurang 15-20 minit, bergantung kepada kepoweran komputer anda. Komputer juga akan restart sendiri beberapa kali. Jangan risau, biarkan sahaja sampailah ke gambar kat bawah:

Isilah nama ikut MyKad *hehehe... lepas tu tekan Next

taip password. Ni optional. Kalau tak nak password, terus sahaja
tekan button Next. (Aku malas nak letak password)

Isi product key ('kalau ada') dan tekan Next. Kalau guna pirate,
takyahlah activate dulu.

Aku selalu pilih yang tengah-tengah.

Betulkan time zone.

Pilihan ni kalau komputer anda sedang connected pada network.
Kalau tak nak fikir banyak, pilih sahaja Public Network.
(Benda ni boleh juga diubah kemudian)

Selepas windows retart sekali, dia pun finalizing.

Okay, dah siap pun Windows 7 yang fresh baru dan suci murni.
 Lepas ni apa nak buat?

Langkah 4: Install device driver

Buka device manager, dan cek device mana yang tak ada driver. Gunakan driver yang kita untuk install driver-driver tersebut.

Untuk buka Device Manager, pergi kat Start Menu > Computer dan
klik kanan mouse > klik Properties

Lepas tu klik pada Device Manager

Inilah device manager
Kat Device Manager ni kita boleh periksa perkakas belum siap diinstall (yang mungkin belum ada driver atau mungkin bermasalah). Jadi, cubalah install satu-satu driver yang ada.

Bila dah siap install driver, barulah install software-software lain. Macam aku, lepas ni aku install Ms Office, Mozilla Firefox 4,  Nero, Adobe Flash Player etc.

*Dari pemerhatian aku, install Windows 7 menggunakan USB pen drive ni sebenarnya lebih pantas dari menggunakan CD-ROM.

Itu sahaja, semoga bermanfaat...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...