Sunday 22 April 2012

Nak Cepat..Hehehe


Anda mahu lihat gambar di facebook dengan cepat dan mudah? 

Rimas nak tunggu "loading" gambar apabila di KLIK!? 

Disini ada cara mudah untuk anda ketahui. Sebelum ini, sudah ramai agaknya yang telah berkongsi cara ini dengan rakan-rakan lain. Tetapi tidak mengapalah yang penting "sharing is caring" kan kawan-kawan. Ramai lagi rasanya yang tidak tahu bagaimana hendak melakukannya. Bagi yang sudah tahu, sila abaikan post ini eyh (amaran dari karam singh walia) dari TV3.

So, bagi saya benda ini WAJIB! berada di browsers anda, disebabkan ia memenuhi citarasa anda semua. tak caya cubalah! nama aplikasi ini adalah Facebook Photo Zoom..memang TERBAIK! jom lihat hasilnya..=)


Sila KLIK! untuk paparan yang lebih jelas

Facebook Photo Zoom ini secara automatik akan zoom gambar bila mouse korang di'hover pada sesuatu gambar. Secara tak langsung, full size gambar tu akan ditunjukkan tanpa klik pada gambar itu. So,mudah kan cara ini, tak perlu anda hendak klik pada gambar dan kena tunggu loading page pula. Buang masa kan?=)

Sila KLIK! untuk paparan yang lebih jelas

Facebook Photo Zoom ni memang TAK! tunjuk komen untuk gambar tu. Bukan aplikasi untuk diberi komen. Kalau nak baca komen, kena jugak la klik dan loading gambar tuwh. nama pun "Photo Zoom", bukannya "Photo Comments" paham kan?..GOOD!!=)


 Sila KLIK! untuk paparan yang lebih jelas

Ada peringatan kepada anda semua. sila ambil perhatian=)
Aplikasi ini hanya untuk browser Google Chrome dan Mozilla Firefox sahaja. Internet Explorer? Ada ke antara korang yang pakai IE?maaf memang tiada untuk IE. saya cadangkan anda guna MOZILLA FIREFOX k! very luv it!=)..(stabil & mantopppp!)

Read more...

Upgrade lp



Laptop lembap? Takda duit nak beli RAM atau laptop baru? Tapi tetap nak lajukan laptop? Ada pendrive? Mungkin cara ini dapat membantu membantu lajukan laptop anda.
Laptop saya laptop lama, dah hampir lima enam tahun saya guna laptop ni. RAM 1GB. Sebab nak lawa, guna window 7 lagi. Banyak lagi software berat-berat selalu guna. Guna internetlagi. Jadi faham-faham la, laptop memang lambat. Selalu lag lagi. Selepas selalu lag ni la baru rasa nak lajukan laptop.
Cara lajukan laptop menggunakan pendrive sebagai RAM software laptop  1x1.trans
Tapi saya jumpa cara ni, dan cara ni menjadi. Saya tak berapa tahu seberapa laju dah bertambah laptop saya. Yang saya tahu, laptop saya sekarang tak selembap sebelum ni. Hang pun jarang-jarang dah.

Eh, macam tak sudah mungkin. Tak tahu la, sebab saya baru cuba cara ni dua hari. Yang penting, sebelum ni kalau laptop saya tengah scan virus, laptop ni selalu hang tapi sekarang tak lagi.
Mengikut tutorial yang saya jumpa ni, pendrive yang boleh di guna antara 256Mb hingga 4GB saja. Saya dah cuba guna pendrive 2GB. Pendrive 8Gb saya tu, sayang pula nak guna. Jadi belum cuba lagi. Tapi dengan pendrive 2GB ni pun, boleh tahan juga lajunya.
Cara ini adalah salah satu cara untuk menggunakan pendrive dengan efektif. Iaitu menggunakan fungsi ReadyBoost.

Cara lajukan laptop menggunakan pendrive sebagai RAM (Window 7)

  • Masukkan pendrive dalam port USB
  • Buka My Computer
  • Right click pada pendrive
  • Format pendrive jadi NTFS
  • Dah siap format, right semula pada pendrive.
  • Pilih “Properties”
  • Tekan “ReadyBoost”
  • Check “Use this device”
  • Klik “Apply” kemudian “Ok”
  • Lepas tu, “Log Off” atau “Restart”
  • Rasakan kelajuan laptop anda.

Cara lajukan laptop menggunakan pendrive sebagai RAM (Window XP)

Untuk window XP saya tak cuba lagi sebab saya tak guna window XP, kawan-kawan saya pun semua guna window 7. Jadi anda boleh cuba, kalau jadi beritahu saya. Kalau tak jadi pun, beritahu saya. Jadi saya boleh cuba cari jalan penyelesaian.
  • Masukkan pendrive dalam port USB
  • Buka “My Computer”
  • Right click pada pendrive
  • Pilih “Properties”
  • Pilih “ Advanced”
  • Pilih “Settings” pada bahagian “Performance”
  • Pilih “Advanced”
  • Klik “Change” pada “Virtual Memory”
  • Pilih memori yang ada pada pendrive anda
  • Tetapkan nilai yang anda ingini dan klik “OK”
  • Lepas tu, “Restart” pc anda.
  • Rasakan kelajuan laptop anda.
Cara ini hanya untuk boost laptop anda supaya tidak menggunakan RAM dengan lebih banyak. Walaupun begitu, anda harus kekalkan cara basic untuk lajukan laptop. Ini bagi mendapatkan kelajuan yang optima laptop anda.
Ini perkongsian pertama saya menggunakan video, harap anda boleh berikan pendapat.
Update 14/04/2012 :
Sebaiknya jangan gunakan pendrive yang sedang digunakan untuk lajukan laptop anda. Atau lebih mudah di panggil readyboost, jangan gunakan pendrive anda untuk simpanan data yang lain. Tiada salahnya jika ingin menggunakan untuk letak data juga. Tetapi lebihan dalam pendrive itu la yang di gunakan untuk ringankan penggunaan RAM.
Jika anda ingin menggunakan pendrive sebagai keperluan lain juga, boleh nyahaktifkan fungsi readyboost.
Jika anda ingin menggunakan setiap masa fungsi readyboost ini, anda boleh beli satu pendrive yang lebih spesifik untuk lajukan laptop anda.
Saya sudah mencuba cara ini dengan menggunakan pendrive 8GB. Ia menjadi.
Saya sudah mencuba cara ini dengan menggunakan dua pendrive sekaligus iaitu 8GB dengan 2GB. Ia menjadi. Tetapi saya kurang rasa kelajuannya sebab masalah teknikal yang lain.
Selebihnya, saya ada sedikit update di perkongsian lain iaitu cara basic lajukan laptop.

copy from other

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...